Back

LELAKI OBSESIF | SASASERA

Rated 5 stars out of 5
(3732 Looking for this)

RM36.00

Quantity
93 item available
More Info

Product description

“Saya tak rela jadi isteri seorang pembunuh dan hidup dengan manusia penipu macam awak, jadi saya mohon tolong lepaskan saya sekarang juga. Saya penat Fakhrul, tolonglah lepaskan saya...” - Era  

Semua orang kata Schaera beruntung bersuamikan Fakhrul Reza namun ada rahsia yang terbongkar sebaik sahaja Era menjejakkan kaki ke rumah suaminya. Hati Era dilanda tsunami. Era nekad untuk bercerai.  

“Sayang boleh cakap apa sahaja yang sayang nak cakap tentang abang. Tapi melepaskan sayang tak pernah ada dalam kamus hidup abang. Kalau ya pun kita nak berpisah, hanya kematian yang akan memisahkan kita.”  - Fakhrul  

Fakhrul tak berputus asa memujuk rayu isterinya namun Era tetap enggan terpedaya. Keadaan bertambah rumit apabila Era disahkan mengandung. Era semakin tersepit!  “Aku tak nak anak ni sebab dia anak kau, Fakhrul!” - Era  

Fakhrul mengalah. Demi sebuah jiwa, dia mengasingkan diri buat seketika. Tetapi perpisahan sementara bertukar menjadi dua tahun lamanya. Fakhrul menghilangkan diri tanpa sebarang berita!  Hairul yang mencintai Era selama ini menawarkan diri untuk menjadi pengganti Fakhrul. Era kebingungan. Menerima Hairul bermakna pengakhir untuk ikatan yang kian tetas. Kemunculan Rina menyebabkan hati Era semakin goyah.  

 

“Rina menyesal sebab percaya dengan janji-janji palsu Abang Rul. Semua lelaki sama sahaja, pandai berjanji tapi tak pandai nak tepati. Habis madu sepah dibuang.” - Rina  

Tergamakkah Schaera memutuskan hubungannya dengan Fakhrul sedangkan lelaki itu masih terlalu berharap? Adakah Schaera mampu mempercayai Fakhrul dan membina istana dari luka-luka semalam? Dan pada akhirnya apakah kesudahan kisah mereka berdua?    

 

🧣 Dijangka siap pertengahan April dan dijangka pos akhir April

🧣 Freebies untuk 200+ pelanggan 

🌟 Sticker chibie

🌟 Kad quotes

🌟 Beg shopping RC